Assalamualaikum...
30.03.2013
(sabtu)
hajat nak pergi Jalan Tar cari makanan sebab cafe dekat hostel tak buka pulak sebab tengah cuti mid break, aku je yang terlebih datang awal, hari khamis. mengingatkan assignment yang melambak dan exam yang ada 3 menanti . owwhhh...serabut...
dari uia mesti la kena naik bus RapidKL yang terbaik sangat tue, hanya rm1 untuk ke LRT Gombak, kalau naik teksi mahu dalam rm7. okey la...sampai je lrt tue ternampak iklan movie The Croods...aku nie pantang sikit cerita kartun mula la meroyan nak tengok, okey lagi pon rasa mcam nak makan ayam penyet kat KLCC, jadi mari la kita pergi KLCC tengok wayang. untuk pengetahuan korang aku pergi sorang-sorang okey. tak ada orang nak teman kan ke apa. aku memang suka hidup sorang-sorang, ada aku kisah?hahahaha
okey da sampai KLCC terus pergi beli tiket wayang, ramai orang okey. tapi sekejap je beratur. nak tahu harga tiket wayang mak ai RM21 ok, sekali dengan spek 3D tue...okey la dah alang-alang nak tengok sangat bayar je la mahal pon, wayang start pukul 3.20pm. masa beli tiket dalam pukul 3. macam tak sempat nak makan...dah la aku makan ya rabbi lamanya. hahaha...okey mari kita beratur beli popcorn dan hotdog. nie pon mahal gak...aku mintak popcorn kecik dia bagi yang besar, senak perut aku nak habiskan nasib baik sedap.
Movie The Croods nie memang terbaik la. dari producer Madagascar. memang best berbaloi-baloi la aku bayar mahal dan meroyan nak tengok. dekat dalam wayang tue ramai benor budak kecil rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak pulak.
okey nak perkenal kan watak dia, dari kiri baby tue nama Sandy, Mak die (x ingat nama dan macam tak ada nama je), no.3 tue Eep, no.4 Grug(ayah), no.5 Guy, n0.6 (Thunk), n0.7 Nenek die (xde nama juga) dan last sekali pet Guy nama dia Belt.
kisah nie mengisahkan ada 1 keluarga yang tinggal di zaman batu yang terlalu mengikut peraturan yang tak boleh mencuba benda baru, duduk dalam gua dan tak ingat dah..ehhh.. Eep nie anak kepada Grug yang degil tak dengar cakap suka buat hal sendiri dan tak suka duduk dalam gua dan benci kegelapan.
pada suatu hari Eep tengah tidur dan nampak cahaya dari luar gua, dia pon curi-curi keluar gua dan kejar cahaya tue...sampai la ke puncak gunung, die berjumpa dengan Guy lelaki baik lagi hensem. Guy ajak Eep pergi tempat baru tapi Eep tak nak,lepas tue Guy bagi siput untuk tiup kalau ada apa-apa terjadi. Guy hilang lepas ayah Eep sampai. terus Eep bagi tahu ayah die dan Eep tiup siput tue, ayah dia terkejut dan musnah kan siput tue, tiba-tiba gunung-gunug runtuh dan tempat tinggal mereka pon musnah, diorang sedih tapi tiba-tiba diorang ternampak tempat baru jauh ke bawah,diorang terpaksa terjun sebab kucing besar kejar.
masa dah sampai tempat baru, diorang sangat pelik dan bahaya menanti diorang. Eep teringat sesuatu dan meniup belalai gajah, Guy terdengar dan datang selamatkan Eep. Lepas tue Eep sekeluarga berkenalan dengan Guy, Guy dan Eep dah jatuh cinta dan suka sama suka tapi ayah Eep, Grug jeles ada orang suka anak dia.berusaha untuk halang Guy dan Eep rapat.
Akhirnya berlaku kejdian di mana Guy dan Grug terperangkap dalam Tar yang melekat tak boleh lepas, Guy cerita perkara sedih apa yang berlaku terhadap dia, Grug terharu mendengar, Guy ada idea macam mana nak lepas kan diri dari Tar. dan mereka semakin rapat, Grug mula suka pada Guy.
Akhirnya mereka jadi keluarga dan mereka semua tercampak ke dunia baru yang ada pantai,laut dan tempat yang indah. mereka hidup bahagia dan Eep dah luah kan kat ayah dia yang die sayangkan ayah dia walaupun dia nakal.
itu lah spek 3D dan tiket wayang yang mahal berbenornya.
nasib baik berbaloi kalau tidak mesti ada amukan lepas keluar tengok wayang.
okeylah.
siapa yang belum tengok. cepat2 pergi tengok ye. die ada yang biasa dan 3D better ambik yang 3D sebab berbaloi. biar mahal asal puas hati kan.
moral of the story:
kasih sayang seorang ayah dan anak.
pengorbanan seorang ayah kepada keluarga.
betapa susah nya orang dulu-dulu nak mencari makanan.
tidak perlu takut melakukan perubahan dalam diri.
pesanan:
tidak ada sesiapa dapat mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri.
Comments
Post a Comment