Assalamualaikum... 30.03.2013 (sabtu) hajat nak pergi Jalan Tar cari makanan sebab cafe dekat hostel tak buka pulak sebab tengah cuti mid break, aku je yang terlebih datang awal, hari khamis. mengingatkan assignment yang melambak dan exam yang ada 3 menanti . owwhhh...serabut... dari uia mesti la kena naik bus RapidKL yang terbaik sangat tue, hanya rm1 untuk ke LRT Gombak, kalau naik teksi mahu dalam rm7. okey la...sampai je lrt tue ternampak iklan movie The Croods...aku nie pantang sikit cerita kartun mula la meroyan nak tengok, okey lagi pon rasa mcam nak makan ayam penyet kat KLCC, jadi mari la kita pergi KLCC tengok wayang. untuk pengetahuan korang aku pergi sorang-sorang okey. tak ada orang nak teman kan ke apa. aku memang suka hidup sorang-sorang, ada aku kisah?hahahaha okey da sampai KLCC terus pergi beli tiket wayang, ramai orang okey. tapi sekejap je beratur. nak tahu harga tiket wayang mak ai RM21 ok, sekali dengan spek 3D tue...okey la dah alang-alang...